KUALA LUMPUR: UMNO Bahagian Tangga Batu mendakwa wujud unsur sabotaj di kalangan ahlinya ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu lalu.
Ketuanya, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata ada di kalangan ahlinya yang bertindak membantu calon lawan dan tidak keluar untuk mengundi, yang mana beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai melanggar prinsip parti.
“Walaupun kejayaan ini telah kita kecapi, saya telah menerima beberapa laporan bahawa ada ahli UMNO melakukan perkara tidak baik kepada parti sepanjang Pilihan Raya Negeri Melaka diadakan.
“Antaranya ialah ada ahli UMNO yang sanggup tidak keluar membantu calon UMNO dalam Barisan Nasional, mereka lebih memilih untuk membantu pihak lawan dan bersama atas dasar 'kononnya' kawan, tetapi ia tetap melanggar prinsip parti.
“Ada juga yang sanggup sabotaj parti dalam PRN Melaka hanya semata-mata kerana tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah dibuat oleh parti UMNO,” katanya melalui satu kenyataan media di Facebook sebentar tadi.
Beliau yang terkenal dengan panggilan Cikgu Ali berkata, Jawatankuasa UMNO Bahagian akan mengambil tindakan dengan meyingkirkan mereka yang terbukti melakukan tindakan sabotaj itu.
“Sehubungan dengan itu saya bersama Jawatankuasa UMNO Bahagian Tangga mengambil langkah dan tindakkan yang sewajarnya untuk menguatkan lagi kedudukan parti dan kesetiaan ahli kepada parti agar terus kukuh dan tidak berbelah bahagi untuk parti.
“Kerana perjuangan UMNO memerlukan ahli yang setia dan memberi komitmen kepada parti samada ketika senang atau susah.
“Saya bersama Jawatankuasa UMNO Bahagian Tangga Batu akan membuat PEMBERSIHAN parti UMNO untuk menyingkirkan PENGKHIANAT dan PEMBELOT dalam UMNO Bahagian Tangga Batu. Ia perlu dilakukan demi menguatkan lagi Parti UMNO dalam Bahagian Tangga Batu agar tiada lagi musuh dalam selimut,” jelasnya lagi.
Menurutnya, tindakan tegas itu bertujuan untuk memastikan perkara seumpama itu tidak berulang lagi di masa hadapan.
“Saya akan meminta semua Ketua Cawangan UMNO di dalam Bahagian Tangga Batu untuk menghantar laporan dan bukti dalam mengenal pasti mana-mana ahli UMNO yang telah menjadi pengkhianat, pembelot dan tidak setia serta sanggup sabotaj PRN Melaka sebelum ini.
“Akhir kalam, saya bersama Kepimpinan UMNO Bahagian Tangga Batu amat tegas dengan keputusan ini, semuanya demi memelihara UMNO Bahagian Tangga Batu agar tidak lagi di khianat, di belot dan di sabotaj.
“Terima kasih saya ucapkan kepada semua ahli UMNO yang kekal setia bersama UMNO ketika susah dan senang serta sanggup berkorban dan berjuang dalam Pilihan Raya Negeri Melaka bagi memastikan kemenangan kepada Barisan Nasional,” ujarnya lagi.
Irwan Muhammad Zain
Mon Nov 22 2021
Ketuanya, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata ada di kalangan ahlinya yang bertindak membantu calon lawan dan tidak keluar untuk mengundi. - Gambar fail/BERNAMA
Jemaah Islamiyah ancaman utama keselamatan Asia Tenggara
JI terkenal kerana terlibat dalam beberapa serangan pengganas besar di rantau ini, termasuk pengeboman kelab malam Bali pada 2002 yang mengorbankan 202 nyawa, kebanyakannya pelancong asing.
Agenda AWANI: Mentakrifkan semula kejayaan
Apakah strategi Yayasan Peneraju dalam memperkasa dan meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam penciptaan nilai dan penguasaan ekonomi dalam sektor baharu?
Diskusi dan analisis dalam Agenda Awani jam 9:00 malam ini.
Diskusi dan analisis dalam Agenda Awani jam 9:00 malam ini.
Huawei perkenal inovasi terbaharu WATCH FIT 3, Matebook X Pro
Boleh dipadankan dengan kedua-dua peranti iOS dan Android serta bateri yang mampu bertahan sehingga 10 hari, HUAWEI WATCH FIT 3 memastikan pemakai kekal berhubung dengan lancar.
Maszlee cadang Chong Wei bantu kembangkan bakat pemain badminton Rusia
Pengerusi IAIS Malaysia, Profesor Maszlee Malik, berhasrat menggunakan kepada kepakaran seperti Datuk Lee Chong Wei untuk membantu menggilap bakat badminton di Rusia.
AWANI Ringkas: Insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis cari suspek ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel
Artis tersebut membuat laporan di balai di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Daerah Kajang pada 14 Mei lalu.
[TERKINI] Serangan Ulu Tiram: Lima anggota keluarga suspek ditahan
Sebelum berakhir, ini lagi laporan yang baru kami terima berhubung serangan Ulu Tiram.
Polis mengesahkan menahan lima ahli keluarga suspek serangan yang didakwa merupakan ahli Jemaah Islamiyah.
Kesemua mereka berumur antara 19 ke 62 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.
Polis mengesahkan menahan lima ahli keluarga suspek serangan yang didakwa merupakan ahli Jemaah Islamiyah.
Kesemua mereka berumur antara 19 ke 62 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.
Penganggur didakwa edar heroin 9.2 kilogram
Seorang lelaki, A. Nathan, didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan mengedar 9.2 kilogram.
Malaysia mengalu-alukan permohonan Afrika Selatan di ICJ untuk hentikan genosid Israel di Gaza
Malaysia menyokong sepenuhnya dan menyambut baik usaha Afrika Selatan untuk menghentikan genosid ke atas rakyat Palestin di Gaza.
[TERKINI] KDNK berkembang 4.2% pada suku pertama 2024
Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan, prestasi ini didorong oleh aktiviti permintaan domestik yang menggalakkan dan disokong oleh keadaan pasaran buruh yang lebih baik.
PRN Melaka: UMNO Tangga Batu ambil tindakan singkir pengkhianat, pembelot
UMNO Bahagian Tangga Batu mendakwa wujud unsur sabotaj di kalangan ahlinya ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu lalu.
Cikgu Ali berpanas baiki sekolah dilanda ribut
Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad sanggup berpanas membaiki bumbung sekolah yang rosak dilanda ribut.